Jumaat, 23 Julai 2010

Pertandingan Bowling Antara Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Johor 2010

Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM (KSLPNM) telah menerima jemputan untuk menyertai pertandingan bowling antara jabatan anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Akautan Negara Malaysia Cawangan Johor. Penyertaan adalah terbuka kepada jabatan atau agensi kerajaan sekitar negeri Johor. Program tersebut diadakan pada 16 Jun 2010 (Rabu) bertempat di Bowling Centre, Danga City Mall, Johor Bahru bermula pada pukul 8.30 malam.


Penglibatan LPNM

KSLPNM telah menghantar wakil seramai 4 orang yang terdiri daripada :

Nama Peserta & Bahagian
  1. Tuan Haji Musliman bin Tasim (Bah. Perancangan HEK)
  2. En. Mohd Najib bin Mohd. Nasir (Bah. PPTTN)
  3. Cik Norhafizah binti Kasbi (Bah. Khidmat Pengurusan)
  4. Cik Siti Mariam binti Wagimin (Bah. Unit Kewangan)

Laporan Aktiviti


Penyertaan adalah percuma dan sebanyak 18 jabatan atau ageni yang mengambil bahagian. LPNM telah berjaya mendapat tempat keempat iaitu bagi acara berpasukan. Permainan yang dijalankan sebanyak 2 frame tersebut berakhir lebih kurang pukul 11.30 malam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak.








Kesimpulan

Pogram tournament ini memberi peluang kepada anggota-anggota jabatan kerajaan yang terbabit untuk lebih mengeratkan silaturrahim di antara satu dengan lain dan pihak ANGKASA sendiri. Di samping itu berpeluang bersama-sama terlibat dengan aktiviti riadah yang sihat, program sebegini mampu memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama serta meningktkn tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental. Aktiviti ini juga merupakan satu kaedah untuk mencari pemain yang berkebolehan bagi mewakili LPNM dalam sukan kementerian MOA akan datang.

Tiada ulasan: